E-book PPWPdLP boleh dimuat turun secara terus

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
E-book percuma “Panduan Pemasangan WordPress di Local PC” kini boleh dimuat turun secara terus tanpa perlu mengisi apa-apa form atau melanggan newsletter. InsyaAllah, versi terkini e-book ini akan dikeluarkan sekitar Januari 2009 nanti.
Jadi, buat masa ini anda boleh muat turun e-book versi lama ni dulu jika masih belum memilikinya lagi sebelum ini.
Selamat memuat turun.
-Hamdan-
Penulis dan Penerbit
E-book Percuma: Panduan Pemasangan WordPress di Local PC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah beberapa hari bersengkang mata akhirnya siap juga e-book percuma saya khusus untuk pengunjung PanduanBlogger.Com.
E-buku percuma ini berjudul “Panduan Pemasangan WordPress di Local PC“. E-buku ini akan menerangkan langkah demi langkah untuk menjadikan PC anda sebagai local server dan seterusnya memasang WordPress di server tersebut seperti anda memasangnya di server hosting sebenar.
Saya amat mengalu-alukan komen, cadangan dan pandangan anda mengenai e-buku ini. Sila berikan sebarang komen di ruangan komen di bawah.
Sekian. Wassalam.
Yang menulis,
Hamdan Kerya




